Sunday, September 27, 2009

SOALAN RAMALAN BM PMR 2009

Ramalan Antologi 2009
Sajak : Ting 2
Mata Ayah, Seuntai kata untuk dirasa, Cinta & Ruang

Sajak : Ting 3
Rumah baru, Bahasa, Wanita Zaman ini & Usia
Prosa Tradisional : Ting1& 2
Ting 2 : Pak Kaduk, Puteri Buluh Betung & Cerita Kera Dgn Buaya.
Ting 1 : Lebai Malang, 7 Puteri Turun ke Dunia, Susur Galur Asal Usul N Melaka



RAMALAN NOVEL 2009
Penekanan lebih kepada novel Ting. 1 Aku Anak Timur & Ting. 2 Kapten Hassan Wira Bangsa
i. Persoalan : Ketabahan, menuntut bela, bakat kepimpinan, kesusahan, kecekalan, keberanian & kekejaman.
ii. Plot : Bahagian Permulaan , Perkembangan, Perumitan, kemuncak(Klimaks) & Peleraian
iii. Watak utama & peristiwa






Ramalan Karangan Rangsangan & Respon Terbuka 2009
*Laporan
Berita
*Ucapan/Ceramah
Perbahasan
*Pendapat
Wawancara
*Surat Tidak Rasmi
Industri Pelancongan : usaha
Kemalangan jalan raya : punca @ atasi
Kepentingan @ cara menjaga kebersihan Pencemaran alam sekitar/ Kempen cintailah sungai kita
Tabiat merokok / Dadah
Peranan ibu bapa
Semangat kejiranan / perpaduan
Gaya hidup sihat / Aktiviti masa lapang
Gejala vandalisme / Masalah disiplin / buli
Perkhemahan/ Lawatan sambil belajar
Bencana : kebakaran & keracunan makanan
Kebaikan internet & komputer & telefon bimbit
Semangat patriotik / sambutan bulan kemerdekaan









Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot berdasarkan novel yang telah anda kaji.
[ 10 markah ]
Novel Aku Anak Timur

Novel yang saya kaji ialah novel Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Haji Yusof. Eksposisi ialah permulaan cerita. Dalam bahagian ini, biasanya pengarang memperkenalkan watak. Buktinya, pengarang memperkenalkan watak Zarina dan keluarga menaiki kapal terbang dari KL dan mendarat di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam. Ibu Zarina berasa cemas kerana suaminya , En.Ali tidak menunggu mereka seperti yang dijanjikan kerana ketinggalan kereta api. Keluarga Zarina berkenalan dengan Mevrouw De Vries , iaitu tuan rumah sewa mereka.
Cerita berkembang dalam plot perkembangan apabila keluarga Zarina menggunakan peluang berada di situ dengan melawat tempat-tempat menarik seperti kawasan penanaman bunga dan tempat-tempat bersejarah di negara-negara Eropah. Namun cuaca sejuk di situ menyebabkan Zarina kurang selesa. Suhunya mencecah sehingga 13’C . Masyarakat Barat tidak mengambil peduli tentang masalah orang lain. Mereka digambarkan gemar membaca buku. Penjagaan kemudahan awam seperti bilik air awam mengagumkan Zarina.
Perumitan ialah konflik yang berlaku dalam sesebuah karya. Dalam novel ini, Zarina dan keluarganya telah berkenalan dengan pemuda Belanda yang bernama Niek Van Hoeve. Niek telah mempelawa Zarina untuk bersiar-siar. Niek memberitahu Zarina bahawa gadis-gadis di Belanda bebas memilih pasangannya sendiri. Mereka bebas sepenuhnya apabila telah berumur 21 tahun. Persahabatan antara Zarina dengan Niek telah menjadi semakin intim. Persahabatan ini telah menimbulkan kebimbangan ibu dan ayah Zarina kerana perbezaan mereka dari segi agama dan kebudayaan antara Timur dan Barat. Namun Zarina tidak mahu mendengar nasihat ibu bapanya. Zarina hampir jatuh hati dengan Niek.
Puncak ialah klimaks sesebuah cerita. Pada bahagian yang paling penting ini Zarina semakin berani bertemu dengan Niek tanpa kebenaran ibu bapanya terlebih dahulu. Niek telah mengajak Zarina ikut bersama ke suatu majlis hari jadi kawannya. Sesuatu yang tidak diduga terjadi kepada diri Zarina. Zarina hampir diperkosa oleh seorang pemuda Belanda dalam majlis tersebut. Namun Zarina berjaya melepaskan diri. Dia menjadi takut dan ingin memutuskan hubungannya dengan Niek.
Pada bahagian peleraian atau pengakhiran novel ini, titik peristiwa hitam itu telah menyedarkan Zarina akan perbezaan budaya antaranya dengan Niek. Zarina memohon maaf atas kesalahannya daripada ayah dan ibunya. Akhirnya mengaku bahawa dirinya anak Timur dan bukannya Barat.

No comments:

Post a Comment