Monday, September 28, 2009

KESALAHAN TATABAHASA PMR

Tatabahasa PMR 2009


i. Mereka ialah ahli-ahli sains : ahli sains
ii. PM meresmikan pameran itu : merasmikan
iii. Kedua beradik : Kedua-dua beradik
iv. Sultan Perak berkata : bertitah
v. Di masa ini : Pada masa ini
vi. Bank tempatan itu adalah untuk : adalah / untuk
vii. Dari masa ke semasa : Dari semasa ke semasa
viii. Oleh kerana : Oleh sebab
ix. Bersulamkan dengan benang : Bersulamkan benang
x. Ali merasa bangga : berasa
xi. Penghawa dingin : Pendingin hawa
xii. Saling potong-memotong : saling memotong / potong-memotong
xiii. Minah menjahiti anaknya sepasang baju : menjahitkan
xiv. Di atas urusan : atas urusan
xv. Merupakan satu penghargaan : suatu
xvi. Menghadiahkan Raju sebatang pen : menghadiahi
xvii. Komputer baru : baharu
xviii. Hadir di dalam mesyuarat : dalam
xix. Mata pelajaran-mata pelajaran : mata-mata pelajaran
xx. Kerajaan telah menganugerahkan beliau : menganugerahi
xxi. Memperkukuhkan : memperkukuh
xxii. Selama dua suku jam : dua jam suku
xxiii. Memperluaskan : memperluas
xxiv. Di waktu petang : pada
xxv. Mempertajamkan : mempertajam
xxvi. Kebanyakkan penjual : kebanyakan
xxvii. Menerangkan tentang kedudukan : menerangkan kedudukan
xxviii. Gugusan pulau-pulau : gugusan pulau
xxix. Di kawasan pengairan Melaka : perairan
xxx. Senarai nama-nama peserta : Senarai nama peserta
xxxi. Ulang tahun yang ke 65 : ke-65
xxxii. Pelbagai cerita-cerita : pelbagai cerita
xxxiii. Pendalaman : mendalamkan sungai yang cetek
xxxiv. Pedalaman : kawasan yang terletak di hulu
xxxv. menghadkan : mengehadkan
xxxvi. semua peserta-peserta : semua peserta / peserta-peserta
xxxvii. Para penuntun : Para penonton
xxxviii. saya telah baca : telah saya baca



i. Setiap orang calon : setiap calon
ii. buku latihan-buku latihan : buku-buku latihan
iii. sejenak bila : sejenak apabila
iv. paling terkenal : terkenal
v. paling terburuk : terburuk
vi. dari penduduk : daripada penduduk
vii. pekerjaaan yang merbahaya : berbahaya
viii. lebuhraya : lebuh raya
ix. pelbagai-bagai : berbagai-bagai / pelbagai
x. diperbuat dari kayu : daripada
xi. Berikan surat ini pada Ali : kepada
xii. Di rumah orang tua-tua : orang-orang tua
xiii. Kain sutera batik : kain batik sutera
xiv. Tomato sos : sos tomato
xv. Telur putih : putih telur
xvi. Serahkan ke pihak polis : kepada
xvii. Paling tinggi sekali : paling tinggi / tinggi sekali
xviii. Hakim menjatuhi hukuman : menjatuhkan
xix. Beberapa orang pelajar : beberapa pelajar
xx. Pada padang sekolah : di

No comments:

Post a Comment