Tajuk-tajuk berita pada masa
kini acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar
tempatan. Berita dan paparan media umpama ini bukan sahaja menghiasi dan
menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi
liputan media massa antarabangsa dan persidangan utama dunia.
Pencemaran yang berlaku
sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di
segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi berita
basi. Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen seperti “Cintailah
Sungai Kita” tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada segenap lapisan
masyarakat. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat
cendawan tumbuh selepas hujan. Mengikut penjelasan yang terdapat dalam
Kamus Dewan Edisi keempat, “pencemaran sungai” dapat didefinisikan sebagai
perbuatan yang mengotorkan sungai yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai
bentuk cara.
Faktor perdana yang menyumbang
kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini
ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran
dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke
dalam sungai. Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam
kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai
sebagai sebuah tong sampah yang besar. Mereka malas untuk membuang
sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada . Oleh sebab itu,
mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah sarap
tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi
keruh dan akan menyumbang kepada pencemaran sungai.
Selain itu, punca yang
seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam sungai.
Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan
menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya
kepada manusia dan hidupan akuatik. Kualiti kehidupan akuatik
seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai
untuk ikan-ikan tersebut. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa
toksik tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi ialah mereka tidak ada
pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa
memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang mementingkan diri sendiri
bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu
dikikis demi kepentingan bersama.
Faktor yang seterusnya ialah
tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama berlaku di dalam
negara kita. Hal ini kerana tong yang mengisi minyak bagi kapal tersebut telah
bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di
permukaan air. Masalah ini akan menjejaskan tumbesaran bagi
tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana
minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke
tumbuh-tumbuhan tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses
tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses
pemhasilan makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia, masalah
tumpahan minyak ini tidak pernah berlaku dalam negara tersebut kerana mereka
mempunyai kapal yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali.
Seterusnya,
sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan protein kepada manusia.
Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya datang dari air sungai.
Jikalau air sungai telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan
melalui proses yang merumitkan dan memakan kos seperti yang
berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan
akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya
ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang
membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Persis kata jauhari “sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”. Peribahasa ini
mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai yang merupakan habitat
hidupan akuatik dan merupakan anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan
membahagiakan kita pada hari esok agar kita tidak menyesal pada hari
kemudiannya.
Konklusinya, semua pihak harus
berganding bahu ibarat “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”
untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat diibaratkan seperti duri
dalam daging kepada masyarakat dan negara. Janganlah kita membiarkan masalah
ini terus bernanah di dalam negara kita. Kita haruslah menjauhkan diri daripada
perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena “sudah
terhantuk baru tengadah”. Marilah kita bersama-sama merealisasikan
hasrat dan visi kudsi wawasan 2020. ‘Cintailah Sungai Kita’.
El Yucateco Hotels & Casinos - Mapyro
ReplyDeleteBest El Yucateco Hotels & Casinos. 수원 출장마사지 Casinos in El Yucateco. 안양 출장마사지 See 1 traveler review, 1 candid photos, and great deals for 전라남도 출장샵 El 서귀포 출장마사지 Yucateco 밀양 출장샵 at