Tuesday, September 18, 2012


PUSAT TUISYEN SAUJANA

ALMA / KULIM

BAHASA MELAYU  RAMALAN 2012

Ramalan Karangan

1.       Syarahan peranan ibubapa memupuk amalan gaya hidup sihat dlm keluarga

2.       Langkah-lamgkah mengurangkan kemalangan jalan raya / kejadian jenayah (Masalah Sosial)

3.       Punca keracunan makanan / Cadangan-cadangan mengatasi masalah ponteng / vandalisme

4.       Budi bahasa budaya kita / Peranan memupuk minat membaca

5.       Kepentingan perpaduan / Penggunaan internet kebaikan /Permainan Tradisional

6.       Langkah-langkah mengatasi pencemaran sungai  / Kepentingan hutan

7.       Faktor-faktor kejayaan murid cemerlang / Pengalaman menyertai aktiviti Perkhemahan

Novel

1.       Persoalan (Keberanian. Ketabahan)

2.       Nilai & Pengajaran

3.       Latar masyarakat & peristiwa

4.       Watak & Perwatakan

GURU BM    :        En.Chandra

TIPS MENJAWAB BM PMR 2012


Bahasa Melayu PMR

Kertas Bahasa Melayu PMR

Kertas 1 : 40 soalan aneka pilihan yang mencakupi aspek morfologi, sintaksis, peribahasa, dan pemahaman komsas.

Kertas 2: terdiri daripada 4 soalan, iaitu:-

BAHAGIAN A i - Ringkasan Karangan
BAHAGIAN A ii – Pemahaman
BAHAGIAN B - Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
BAHAGIAN C - Karangan Respons Terbuka
Bahagian D - Pemahaman Novel

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A (i)Ringkasan Karangan

a.Cari sekurang-kurangnya lima (5) isi
b.Tulis semula isi-isi dalam satu perenggan
c.Sambungkan ayat-ayat menggunakan penanda wacana seperti:
- Selain itu
- Justeru
- Sehubungan dengan itu

d.Elakkan daripada menyalin terus daripada petikan
e.Elakkan menyalin isi secara terpilih

Pemarkahan Bahagian A (i)

ISI - 5 isi x 2m = 10 m
Bahasa = 10 m
Jumlah = 20 m

BAHAGIAN A (ii) (Pemahaman)

Soalan 1 : maksud kata/rangkai kata 2 markah

Maksud perlu tepat mengikut konteks dalam petikan dan ditulis dalam ayat gramatis

Soalan 2

Soalan pemahaman (isi tersurat berdasarkan petikan) 4 markah

2 isi (yang tepat dan ditulis dalam ayat yang lengkap dan gramatis )
x 2 markah = 4 markah

Teknik Menjawab Soalan 2

Jawapan ada dalam petikan yang diberi.
Berikan dua isi yang tepat.
Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis.

BAHAGIAN A (ii) (Pemahaman Kemahiran Berfikir)

Soalan 3
Soalan pemahaman (isi tersirat/isi berdasarkan pengetahuan luar yang berkaitan)
4 markah

TEKNIK MENJAWAB SOALAN 3

Jawapan TIADA dalam petikan yang diberi.
Berikan dua isi yang tepat.
Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis

BAHAGIAN B (Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan)

Markah penuh - 20 markah
Isi karangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi
Bahan rangsangan :
Gambar tunggal
Gambar bersiri
Iklan
Gambarajah

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B

Bahan rangsangan hanya sebagai alat pencetus idea / peta minda
Isi karangan boleh diambil daripada bahan rangsangan
Isi karangan boleh berdasarkan pengetahuan luar pelajar ( yang berkaitan)

BAHAGIAN C (Karangan Respon Terbuka)

Markah penuh - 40 markah
Karangan dinilai berdasarkan :
a) Penggunaan Bahasa
b) Idea / Isi
c) Pengolahan

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C

1. Baca soalan dengan teliti.
2. Pilih tajuk karangan yang benar-benar difahami.
3. Cadangan : Isi + huraian + contoh
4. Bilangan perkataan perlu lebih 180 patah perkataan.
5. Unsur keindahan bahasa perlu dimasukkan dalam karangan
6. Frasa menarik (FS) membantu meningkatkan markah

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN D (Pemahaman Novel)

Pilih novel yang benar-benar diketahui jalan ceritanya.

Nyatakan nama novel yang dipilih dalam jawapan.

Tulis jawapan dalam satu perenggan sahaja.

Ayat yang dibina mestilah gramatis.

Isi mestilah disertakan dengan huraian/contoh berdasarkan watak/peristiwa/latar (mana-mana yang berkaitan)

Dicatat oleh Cikgu Chandra di 6.02 PTG